Pengertian
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga
40 buah rumah di setiap penjuru.
DALIL
Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ
(متفق عليه )
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”
HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN
1.Kehidupan
dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
2.Kehidupan
bermasyarakat diberkati oleh Allah.
3.Dapat bersatu ke
arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
4.Sentiasa berasa selesa dan mendapat
pembelaan.
5.Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih
mudah dan cepat.
IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
1. Kehidupan tidak
tenang.
2. Menjejaskan
keharmonian hidup bermasyarakat.
3. Terpinggir
daripada masyarakat.
4. Sukar mendapat
pertolongan ketika dalam kesusahan.
5. Negara akan
menjadi mundur dan kucar kacir.
PENGHAYATAN
1. Menghormati jiran
dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2. Mengambil berat
dan bertegur sapa dengan jiran.
3. Memberikan
sumbangan baik kepada jiran.
4. Mempunyai
semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.
5. Mempunyai perasaan saling tolong-menolong